Lebih 17 ribu mati dalam tahanan di Syria

Lebih 17 ribu mati dalam tahanan di Syria

BEIRUT, 18 Ogos – Pihak berkuasa Syria melakukan banyak sekali penyeksaan di penjara-penjara kerajaan termasuklah memukul, kejutan elektrik, rogol dan penganiayaan psikologi yang menyamai jenayah ke atas kemanusiaan, lapor Amnesty International hari ini.

Lebih 17,700 orang dianggarkan telah mati dalam tahanan di Syria sejak konflik negara itu bermula pada Mac 2011, purata lebih dari 300 setiap bulan, menurut pemerhati itu dalam satu laporan.

Sesiapa yang dilihat sebagai menentang kerajaan berisiko ditahan secara sembarangan, penyeksaan, kehilangan secara paksa, dan kematian dalam tahanan, menurut Amnesty.

Menurutnya laporan itu berasaskan temu bual dengan 65 orang mangsa penyeksaan, kebanyakannya orang awam, yang menceritakan tentang ‘penganiayaan mengejutkan dan keadaan tidak berperikemanusiaan’ di pusat tahanan agensi perisikan dan Penjara Tentera Saydnaya dekat Damsyik.

Paling banyak diceritakan ialah penyaksian kira-kira satu kematian atau banyak kematian dalam tahanan, menurut Amensty.

Para tahanan kerap dipukul, dikenali sebagai pesta sambutan selepas ketibaan mereka di penjara, oleh para pengawal yang menggunakan alat seperti batang silikon atau hos. “Mereka melayan kami seperti binatang. – AFP