Lebih 170 warga Brunei Press sambut TBC 2016

Lebih 170 warga Brunei Press sambut TBC 2016

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Feb – Lebih 170 orang warga Brunei Press Sdn Bhd telah diraikan dan menerima paket merah dalam jamuan istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (TBC) 2016 yang berlangsung di Restoran Millenium, Beribi hari ini.

Ketibaan warga Brunei Press dan para jemputan telah dialu-alukan sendiri oleh Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF (B) Sdn Bhd, Albert Lau dan Pengurus Sumber Manusia Kumpulan QAF Brunei Sdn Bhd, Julinda Dharmawan yang dialu-alukan oleh Timbalan Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Hazizah binti Osman dan Pengurus Kanan Operasi dan Kewangan Brunei Press Sdn Bhd, Suzie Houng.

Reggie See dalam ucapannya turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua warga Brunei Press untuk tidak terpengaruh dengan mentaliti mengenai kebimbangan pasaran global yang tidak menentu, tetapi lebih menumpukan kepada kepastian di pasaran.

Reggie See menyampaikan ucapan alu-aluannya.
Reggie See menyampaikan ucapan alu-aluannya.

pg12_160226_b

Warga Brunei Press menikmati jamuan istimewa di Restoran Millenium bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016.
Warga Brunei Press menikmati jamuan istimewa di Restoran Millenium bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2016.

“Kepastian itu termasuk makanan dan pakaian, perumahan, pengangkutan, perhubungan, pendidikan, kesihatan dan kecergasan”.

Beliau menekankan, warga Brunei Press seharusnya menumpukan kepada peningkatan perniagaan dalam kepastian di pasaran ini untuk mencapai matlamat korporat dan memberi manfaat kepada pekerja di dalam syarikat.

“Kita perlu berusaha untuk produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan memberikan kepada pelanggan tepat pada waktunya,” tambah beliau.

Sambutan Tahun Baru Cina Brunei Press adalah sebagai sambutan tahunan bagi menyambut kerjasama, sinergi, keharmonian dan sumbangan dari pemegang saham terutama ahli-ahli kumpulan Brunei Press.

ARTIKEL YANG SAMA