Lebih 180 maut di Ukraine akibat influenza H1N1

Lebih 180 maut di Ukraine akibat influenza H1N1

KIEV, 9 Feb – Lebih daripada 180 orang telah mati akibat penyakit selesema babi (H1N1) di Ukraine sejak lewat September tahun lepas, menurut kementerian kesihatan kelmarin, menambah tiga daripada mangsa adalah kanak-kanak.

Negara yang bekas diselubungi peperangan negara Soviet itu telah dilanda dengan selesema itu yang secara keseluruhannya telah mengorbankan 220 jiwa sejak 28 September, apabila penyakit pertama direkodkan, menurut kementerian itu lagi.

Ia berkata virus H1N1, penyakit pernafasan yang merebak melalui hubungan di antara manusia dan babi, menyumbang kepada 184 kematian.

Selesema itu berjangkit di antara manusia melalui pernafasan, dan bukan melalui pemakanan produk-produk berkaitan dengan babi, menurut pakar-pakar kesihatan.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan kelmarin hanya meliputi catatan di kawasan yang dikendalikan oleh kerajaan di Ukraine, dengan tiada data rasmi tersedia bagi rantau tenggara yang dikawal oleh pemberontak pro-Rusia sejak April 2014.

Vaksin Influenza H1N1, penyakit yang mula muncul pada 2009. – Reuters
Vaksin Influenza H1N1, penyakit yang mula muncul pada 2009. – Reuters

Pihak kementerian berkata jumlah terbesar rekod kematian dicatatkan adalah di rantau pusat Laut Hitam Odessa, di mana 38 orang telah mati, Bagaimanapun ia tidak mengatakan berapa banyak kematian itu disebabkan H1N1.

Para pegawai kementerian kesihatan apabila ditanya oleh AFP tidak dapat memberikan maklumat serta-merta mengenai kes-kes H1N1 pada tahun-tahun sebelumnya.

Sekurang-kurang 50 orang telah mati akibat virus tersebut di negara jiran Rusia, menurut kiraan yang dijalankan oleh AFP berdasarkan data dari pihak berkuasa kesihatan serantau yang diterima pada 26 Januari.

Wabak H1N1 telah menggemparkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jun 2009, selepas virus tersebut muncul dari Mexico dan Amerika Syarikat.

Wabak tersebut telah membunuh kira-kira 18,500 orang di 214 negara. Amaran tersebut telah ditarik balik pada Ogos 2010. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA