Lebih 2 juta tandatangani petisyen gesa referendum kedua

Lebih 2 juta tandatangani petisyen gesa referendum kedua

LONDON, 26 Jun (AFP) – Lebih dua juta orang telah menandatangani petisyen yang menggesa bagi referendum kedua selepas undian mengejutkan untuk mengeluarkan Britain dari Kesatuan Eropah(EU), sebuah laman sesawang rasmi menunjukkan semalam.

Laman sesawang petisyen parlimen pada satu tahap pernah terjejas disebabkan terlalu ramai orang memasukkan nama mereka untuk gesaan bagi satu lagi pengundian seluruh negara ekoran pengundian bersejarah Khamis lalu.

“Kami yang menandatangani menggesa Kerajaan Baginda Permaisuri untuk melaksanakan perintah bahawa jika undian kekal atau keluar kurang dari 80 peratus berdasarkan bilangan pengundi kurang 75 peratus seharusnya satu lagi referendum,” menurut petisyen itu.

Kumpulan ‘Keluar’ meraih sokongan 51.9 peratus pengundi, berbanding 48.1 peratus yang memihak kekal dalam EU.

Bilangan pengundi pada referendum Khamis lalu ialah 72.2 peratus.

Penandatangan petisyen itu kebanyakannya di Edinburgh dan London, yang ramai sekali mengundi menyokong ‘kekal’.

Tidak ada obligasi dalam perundangan Britain bagi referendum mempunyai pegangan undi minimum atau bilangan minimum pengundi, seperti di beberapa negara lain.

Tetapi peraturan EU tidak mengatakan tentang negara anggota telah pun memulakan rundingan untuk keluar dari gabungan yang menukar fikirannya dan menarik balik keputusan di bawah Bab 50 Perjanjian Lisbon.

Profesor Universiti Strathclyde, John Curtice menggariskan dua senario andaian yang referendum kedua boleh mengambil tempat.

“Jika Boris Johnson mentadbir kerajaan dan ia mengambil masa begitu lama untuk dilaksanakan, dua tahun kemudian kita boleh mempunyai satu lagi pengundian yang menunjukkan orang ramai sebenarnya mahu menarik balik keputusan dan tetapi kekal dalam gabungan, katanya lagi.

“Kemudian mungkin wujud satu situasi yang mana parti pembangkang dalam pilihan raya umum mempunyai mandat untuk mengadakan referendum baru.

ARTIKEL YANG SAMA