Lebih 20 klien MKM terima gunting rambut percuma

Lebih 20 klien MKM terima gunting rambut percuma

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Lebih 20 orang klien Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah menerima perkhidmatan menggunting rambut secara percuma daripada Andy Salon yang telah berlangsung di kedai berkenaan di Airport Mall, pagi tadi.

Pengarah Andy Salon, Janet Chan semasa ditemui pihak Media Permata menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama salon tersebut mengadakan acara menggunting rambut secara percuma.

Menurutnya lagi, acara tersebut merupakan salah satu inisiatif mereka dalam sama-sama berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak MKM bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi menjelangnya Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Selain itu juga, amalan ini diharap akan meningkatkan lagi kesedaran kepada masyarakat untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan.

Andy Salon telah beroperasi di negara ini sejak empat tahun yang lalu dan telah bergiat aktif dalam memberikan sumbangan amal kepada pelbagai pihak.

Klien MKM bergambar ramai.
Klien MKM bergambar ramai.
Kanak-kanak daripada klien MKM yang diberikan perkhidmatan potongan rambut.
Kanak-kanak daripada klien MKM yang diberikan perkhidmatan potongan rambut.

ARTIKEL YANG SAMA