Lebih 20 pemilik Mercedes Benz berkumpul

Lebih 20 pemilik Mercedes Benz berkumpul

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Lebih 20 pemilik kenderaan jenama Mercedes Benz di bawah Persatuan Brunei Benzer telah mengadakan perkumpulan di kawasan letak kereta berhampiran Medan Selera Jerudong Park petang tadi.

Perkumpulan itu adalah bagi mengeratkan hubungan para pemilik kereta jenama mewah itu dengan para peminat Mercedes Benz di seluruh negara, dengan mempamerkan barisan model terkini termasuk S Class, E Class hinggalah model paling klasik yang dikenali sebagai Tiger, dikeluarkan pada tahun 1976.

Presiden persatuan, Awang Mohd Dazly bin Haji Daud berkata, setakat ini mereka mempunyai seramai 80 ahli yang berdaftar di bawah Persatuan Brunei Benzer dan berharap ianya akan bertambah pada masa hadapan.

Acara perkumpulan itu juga diteruskan dengan penyampaian pelekat kereta kepada para ahli persatuan sebagai menandakan ahli rasmi dan logo rasmi persatuan tersebut yang disempurnakan oleh pengasas kumpulan tersebut, Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd Daud.

Antara yang hadir memeriahkan perhimpunan pemilik kenderaan jenama mewah tersebut.
Antara yang hadir memeriahkan perhimpunan pemilik kenderaan jenama mewah tersebut.
Lebih 20 pemilik kenderaan Mercedes Benz di bawah Persatuan Brunei Benzer petang tadi berkumpul di kawasan Jerudong Park.
Lebih 20 pemilik kenderaan Mercedes Benz di bawah Persatuan Brunei Benzer petang tadi berkumpul di kawasan Jerudong Park.
Awang Abdul Aziz ketika melekatkan pelekat logo pada cermin kereta-kereta Persatuan Brunei Benzer.
Awang Abdul Aziz ketika melekatkan pelekat logo pada cermin kereta-kereta Persatuan Brunei Benzer.
Awang Abdul Aziz selaku pemilik model Mercedes Benz Tiger tahun 1976.
Awang Abdul Aziz selaku pemilik model Mercedes Benz Tiger tahun 1976.