Lebih 200 sertai Aerobik Untuk Nepal

Lebih 200 sertai Aerobik Untuk Nepal

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Lebih 200 orang menyertai aktiviti Aerobik Untuk Nepal anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam usaha mengumpul sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal.

Aktiviti amal yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kebangsaan Hassanal Bolkiah, Berakas itu antara lain bertujuan untuk menyemai sikap membantu di kalangan masyarakat selain memupuk sikap murni di kalangan orang ramai dengan bantuan kewangan di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sihat.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman adalah di antara mereka yang hadir menyertai aktiviti senaman aerobik tersebut.

Senaman aerobik itu berlangsung selama dua jam yang dibuka untuk penyertaan rakyat dan penduduk negara ini. Turut hadir menyertai dalam aktiviti amal itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad.

Datin Paduka Hajah Adina antara yang menyertai aktiviti amal, Aerobik Untuk Nepal.
Datin Paduka Hajah Adina antara yang menyertai aktiviti amal, Aerobik Untuk Nepal.
Antara orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memberi sokongan dalam Aerobik Untuk Nepal.
Antara orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memberi sokongan dalam Aerobik Untuk Nepal.

Aerobik Untuk Nepal adalah merupakan salah satu acara yang terkandung dalam aktiviti amal bagi membantu mengumpul dana bantuan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi Nepal.

ARTIKEL YANG SAMA