Lebih 20,000 dikeluarkan dari tentera Turki

Lebih 20,000 dikeluarkan dari tentera Turki

ANKARA, 18 Nov – Lebih 20,000 orang, termasuk tentera dan pelajar tentera, telah dikeluarkan daripada tentera Turki selaras dengan siasatan yang sedang berjalan dalam apa yang dipanggil sebagai Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto) sejak cubaan rampasan kuasa 15 Julai, kata Menteri Pertahanan Turki, Fikri Isik semalam.

Daripada sejumlah 20,088 orang yang dikeluarkan itu, 3,665 adalah anggota tentera dan 16,423 pelajar tentera, Isik berkata semasa mesyuarat parlimen di Ankara.

Manakala 2,855 anggota tentera sedang disiasat atas dakwaan sama, lapor media tempatan Hurriyet Daily News.

Menteri itu berikrar untuk melawan ‘pengkhianat Feto’ secara habis-habisan. “Kami berazam untuk meneruskan perjuangan kita menentang keganasan,” katanya. – Xinhua