Lebih 200,000 kematian di jalan raya China tahun ini

Lebih 200,000 kematian di jalan raya China tahun ini

BEIJING, 6 Mei (AFP) – Lebih 200,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang terkenal bahaya di China setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengatakan hari ini – sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi berbanding statistik rasmi kerajaan.

Menulis dalam akhbar kerajaan China Daily, perwakilan WHO dalam negara Bernhard Schwartlaender mengatakan anggaran kematian secara ‘keseluruhannya boleh dicegah.’

“Di China, lebih 10,000 kanak-kanak bawah 15 tahun mati setiap tahun akibat kecederaan kemalangan jalan raya. Manakala ramai lagi cedera teruk,” ujarnya.

Laporan status global 2013 WHO mengenai keselamatan jalan raya menganggarkan kematian jalan China pada 275,983 dalam 2010. Data kerajaan bagi kematian jalan raya di China sering disamari kerahsiaan, seperti kebanyakan statistik dalam negara dan anggaran WHO sering kali lebih tinggi berbanding pengumuman rasmi.

Angka terbaru diperolehi daripada kementerian pengangkutan baru-baru ini, memetik naib menteri di satu forum mengatakan 60,000 orang terbunuh di jalan-jalan dalam 2012 – kurang daripada suku yang dianggarkan oleh dokumen WHO.

Biro Statistik Nasional China dalam Februari tahun lalu mengatakan angka kematian lalu lintas adalah pada kadar 2.22 orang daripada 10,000 kenderaan.

Ia mengatakan terdapat sejumlah 154.47 juta kenderaan digunakan oleh orang awam dalam tempoh itu. Angka itu menekankan sekurang-kurangnya 34,292 angka kematian dalam 2014 – kurang daripada satu perlapan yang dianggarkan WHO.

ARTIKEL YANG SAMA