Lebih 2,100 wanita hamil dijangkiti Zika

Lebih 2,100 wanita hamil dijangkiti Zika

BOGOTA, 1 Feb – Lebih daripada 2,100 wanita hamil Colombia dijangkiti dengan virus Zika, menurut institut kesihatan kebangsaan negara itu baru-baru ini, tatkala penyakit itu terus merebak di seluruh Amerika.

Virus yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran microcephaly, yang menghalang otak-otak janin untuk berkembang secara betul setakat ini belum ada vaksin atau rawatan.

Terdapat 20,297 kes disahkan mengenai penyakit itu di Colombia, menurut institut kesihatan kebangsaan dalam buletin epidemiologi, di antara mereka 2,116 wanita hamil.

Setakat ini, tiada kes-kes laporan micrcephaly atau kematian dari virus itu di Colombia.

Menurut institut itu lagi, 37 peratus wanita hamil dengan Zika tinggal di wilayah Nortede Santander, sepanjang sempadan timur dengan Venezuela.

Pelancong diberikan maklumat sebagai panduan bagi mengelakkan virus Zika merebak. – Reuters
Pelancong diberikan maklumat sebagai panduan bagi mengelakkan virus Zika merebak. – Reuters

Catatan awal dari kementerian kesihatan menunjukkan 560 wanita hamil mempunyai penyakit itu, daripada lebih 13,500 jangkitan.

Kes-kes Zika telah disahkan dalam 23 negara dan kawasan-kawasan di Amerika dan saintis-saintis kini berlumba untuk memajukan vaksin bagi virus tersebut.

Hampir setengah kes-kes Zika di Colombia telah dilaporkan di negara rantau Carribbean itu, menurut buletin tersebut. Lebih dari 60 peratus yang dijangkiti adalah wanita.

Kementerian kesihatan berkata jangkitan Zika tidak termasuk dalam keperluan kesihatan di mana wanita perlu menggugurkan kandungan di negara itu, yang menyekat prosedur itu melainkan pesakit adalah mangsa rogol, punyai masalah-masalah kesihatan signifikan atau keadaan janin terlalu cacat.

Kebanyakan wanita, terutamanya yang tinggal jauh dari bandar-bandar besar, bergelut untuk mencari pembekal menggugurkan kandungan walaupun mereka mencapai keperluan sah.

Kerajaan telah menggesa wanita untuk melewatkan kehamilan mereka bagi tempoh enam hingga lapan bulan untuk mengelak potensi jangkitan yang pihak pegawai jangkakan sehingga 700,000 kes. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA