Lebih 250 pel...

Lebih 250 pelanggan terpilih dalam Shop & Win

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Seramai 267 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menerima hadiah dalam sesi cabutan bertuah Shop & Win anjuran Pusat Membeli-Belah Grand di Pasar Raya Soon Lee Mega Mart, Lambak Kanan, hari ini.

Cabutan berkenaan yang diadakan sejak 16 November 2016 itu adalah bersempena dengan pembukaan pusat berkenaan yang terletak di Tingkat 1, pasar raya tersebut.

Pengurus Eksekutifnya, Drag Ong berkata, seramai 267 pemenang bertuah itu akan menerima hadiah masing-masing berupa baucar tunai yang akan disampaikan pada Jumaat depan.

Pemenang bertuah yang terpilih membawa pulang baucar bernilai $1,500 ialah Dayang Ramlah binti Haji Omar (00-067949), manakala Awang Muhd Asyraf bin Haji Zulkipli (01-120145) dan Julremi (00-296178) masing-masing akan membawa baucar bernilai $1,000.

Warga Pusat Membeli-Belah Grand yang terlibat dalam sesi cabutan bertuah tersebut.
Warga Pusat Membeli-Belah Grand yang terlibat dalam sesi cabutan bertuah tersebut.

Sementara itu, empat pelanggan lagi akan membawa pulang baucar bernilai $500, 20 pelanggan membawa pulang baucar bernilai $100, 40 pelanggan membawa pulang baucar bernilai $50 dan seramai 200 pelanggan membawa pulang baucar bernilai $20.

Kempen cabutan bertuah berkenaan telah mendapat sambutan yang sanggat menggalakkan yang bermula sejak November lalu dan berakhir pada 31 Januari 2017.

ARTIKEL YANG SAMA