Lebih 30 derma darah

Lebih 30 derma darah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN,13 Dis – Lebih 30 orang penderma dari golongan belia termasuk beberapa penderma baru tampil menyahut seruan dalam kempen menderma darah anjuran Persatuan Hainan Bandar Seri Begawan kelmarin.

Kempen anjuran bersama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Wisma Hainan, Gadong itu bertujuan memberi peluang kepada para ahli persatuan dan orang ramai supaya dapat menaburkan bakti serta membantu untuk menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Ini merupakan kali kedua kempen seumpama itu diadakan oleh persatuan berkenaan dengan hasrat untuk menggalakkan ahli-ahli persatuan dan generasi muda untuk menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan serta menambahkan bekalan darah Pusat Menderma Darah bagi keperluan mereka yang memerlukan.

Kempen tersebut bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Sebelum para penderma dibenarkan menderma darah, mereka perlu untuk melalui pemeriksaan kesihatan untuk memastikan bahawa mereka sihat dan boleh menderma darah.

Antara mereka yang menderma darah semasa kempen itu.
Antara mereka yang menderma darah semasa kempen itu.