Lebih 30 hadiri taklimat Ikhlas

Lebih 30 hadiri taklimat Ikhlas

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam (UBD SBE) dengan kerjasama BAG Networks telah mengadakan penyampaian pengenalan berhubung penyelesaian perakaunan online Ikhlas kepada lebih tiga puluh mahasiswa-mahasiswi tahun akhir pada 21 April lalu setelah latihan suai kenal berjaya bagi kakitangan UBD SBE pada hari sebelumnya.

Kerjasama itu bertujuan membantu para mahasiswa dalam peralihan kepada realiti semasa persekitaran perniagaan tempatan, sementara menjadikan perakaunan lebih mudah bagi mereka sama ada untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau untuk mengurus kewangan dalam perusahaan kecil dan sederhana (SMEs).

Sesi sehari penuh adalah sebahagian perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh BAG Networks kepada UBD SBE sebagai institusi pendidikan pertama di Brunei untuk melanggan dengan aplikasi perakaunan maju, cloud accounting untuk para pelajarnya.

Dengan menggunakan kebanyakan ciri-ciri Ikhlas, para mahasiswa mempelajari cara mudah dan berkesan untuk mengubah cara sesebuah perniagaan dilaksanakan, diurus, dan mengesan transaksi penting kewangan dan kegiatan berkaitan.

Para mahasiswa juga terlibat dalam tunjuk cara secara langsung seperti membentuk dan menyelenggarakan rekod harian perakaunan perniagaan: rekod pelanggan/pembekal, sebut harga, pesanan belian, invois, kunci kira-kira Untung & Rugi dan malah Penunjuk Penting Prestasi bagi menjalankan perniagaan kecil dan sederhana.

Pelatih Ikhlas dan penganalisisnya bergambar ramai bersama para pelajar semasa sesi perkenalan mengenai Ikhlas.
Pelatih Ikhlas dan penganalisisnya bergambar ramai bersama para pelajar semasa sesi perkenalan mengenai Ikhlas.
Penganalisis Pengurusan Perubahan bagi Ikhlas, Awang Khairul Hazwan ketika sesi latihan Ikhlas bersama kakitangan UBD SBE.
Penganalisis Pengurusan Perubahan bagi Ikhlas, Awang Khairul Hazwan ketika sesi latihan Ikhlas bersama kakitangan UBD SBE.

Pensyarah di UBD SBE, Dayang Noor Amal Hayati binti Haji Mohd Salleh, yang mengongsikan pandangannya ketika penyampaian itu mengatakan, “UBD SBE melihat aplikasi praktikal penyelesaian seperti ikhlas akan menyediakan para mahasiswa tahun akhir kami untuk melangkah ke tempat kerja setelah memperoleh ijazah nanti.

Asas online ini juga boleh menjajarkan pembelajaran akademik para siswa dengan cara inovatif hari ini dalam mengurus perniagaan.

“Kami di sini menyokong mahasiswa Generasi Akan Datang UBD (Next Generation UBD), dengan menanamkan teknologi hari esok adalah kunci kejayaan hari ini,” menurut ketua Operasi BAG Networks, Raymond Tang.

Tambahnya lagi, “Dengan matlamat ini, kami begitu percaya Ikhlas adalah teknologi yang akan membolehkan akan membantu kemajuan para belia sebagai yang berpengaruh pada masa hadapan dalam ekonomi. Penyelesaian seperti Ikhlas akan memberi alat penting kepada anak-anak muda untuk berjaya dalam persekitaran kerja yang mencabar dan untuk mengembangkan kemampuan kuat kepintaran dan inovasi perniagaan.”

ARTIKEL YANG SAMA