Lebih 300 hadiri resepsi Hari Merdeka S’pura

Lebih 300 hadiri resepsi Hari Merdeka S’pura

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Sempena memperingati Hari Kemerdekaan Singapura ke-51, Suruhanjaya Tinggi Singapura di Brunei telah mengadakan Resepsi Makan Malam di Dewan Mutiara, Hotel Radisson, hari ini.

Lebih 300 rakyat Singapura menghadiri majlis berkenaan yang turut menyaksikan siaran langsung Perarakan Hari Kebangsaan dari Stadium Nasional Singapura.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Singapura di sini, sambutan perarakan pada tahun ini sangat istimewa, kerana ia merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun perarakan berkenaan kembali ke Stadium Nasional yang ikonik itu.

Teknologi-teknologi baru digabungkan dan memberi pengalaman baru kepada penonton di Brunei. Antara elemen-elemen baru yang disiarkan secara langsung dari Singapura adalah bunga api dalam dewan, paparan projeksi 3D, teknologi-teknologi tanpa manusia seperti dron dan persembahan udara dinamik.

pg12_160810_b

Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Lim Hong Huai ketika meraikan bersama lebih 300 rakyat Singapura pada majlis Resepsi Makan Malam di Dewan Mutiara, Hotel Radisson.
Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura, Lim Hong Huai ketika meraikan bersama lebih 300 rakyat Singapura pada majlis Resepsi Makan Malam di Dewan Mutiara, Hotel Radisson.

Menurut kenyataan itu lagi, perhimpunan berkenaan, menyatukan rakyat Singapura di Brunei dengan yang berada di negara mereka dan di seluruh negara untuk melaungkan ikrar dan nyanyian lagu kebangsaan.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Building Our Singapore of Tomorrow’ dan matlamat untuk merangsang dan menyatukan semua rakyat Singapura di mana-mana, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, dalam lembaran baru pembangunan negara.

ARTIKEL YANG SAMA