Lebih 300 pelajar cemerlang SR YSHHB terima hadiah & sijil

Lebih 300 pelajar cemerlang SR YSHHB terima hadiah & sijil

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), hari ini, telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 1 hingga 5 untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dan bukan akademik serta sikap dan tingkah laku yang baik.

Pada majlis itu, lebih 300 orang pelajar dari Tahun 1 hingga 5 menerima hadiah dan sijil termasuk hadiah International Youth Awards Children’s Chinese Handwriting Competition 2015 kepada seramai tujuh orang pelajar.

Turut menerima hadiah dan sijil selaku pelajar terbaik pada majlis itu ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, iaitu Pengiran Nur ‘Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.

Hajah Donnaliza ketika menyampaikan hadiah berserta sijil pelajar terbaik bagi Tahun 4 kepada Pengiran Nur ‘Aabidah Syifa sambil disaksikan oleh Dayang Norbaini.
Hajah Donnaliza ketika menyampaikan hadiah berserta sijil pelajar terbaik bagi Tahun 4 kepada Pengiran Nur ‘Aabidah Syifa sambil disaksikan oleh Dayang Norbaini.
Hajah Donnaliza ketika menyampaikan hadiah berserta sijil pelajar terbaik bagi Tahun 1 kepada Awang Zayyan Aaryan Morhadzrin.
Hajah Donnaliza ketika menyampaikan hadiah berserta sijil pelajar terbaik bagi Tahun 1 kepada Awang Zayyan Aaryan Morhadzrin.
Antara ibu bapa dan para jemputan yang hadir pada majlis itu.
Antara ibu bapa dan para jemputan yang hadir pada majlis itu.
Salah seorang pelajar cemerlang Tahun 2, Dayang Izzatul Husna binti Ariffin bergambar bersama keluarga.
Salah seorang pelajar cemerlang Tahun 2, Dayang Izzatul Husna binti Ariffin bergambar bersama keluarga.
Dayangku Aida Qistina bergambar bersama dua adik-beradiknya yang menerima sijil mereka kelmarin.
Dayangku Aida Qistina bergambar bersama dua adik-beradiknya yang menerima sijil mereka kelmarin.

Penyampaian sijil dan hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah YSHHB itu disempurnakan oleh Penolong Pengarah Urusan (Pendidikan) YSHHB, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa selaku tetamu kehormat majlis.

Guru Besar SR YSHHB, Dayang Norbaini binti Haji Abdullah, dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis ini diadakan sebagai penggalak kepada para pelajar untuk sentiasa berusaha, berdaya saing dan sentiasa berfikiran positif ke arah kejayaan.

Persembahan daripada pelajar SR YSHHB turut memeriahkan suasana majlis penyampaian hadiah dan sijil.
Persembahan daripada pelajar SR YSHHB turut memeriahkan suasana majlis penyampaian hadiah dan sijil.

pg08_151127_f

pg08_151127_g

Dengan adanya penghargaan seumpamanya ini, sekali gus akan dapat melihat bakat dan kemampuan para pelajar yang sudah menyerlah sejak muda lagi serta menjadi titik tolak untuk terus digilap dan dikembangkan ke tahap yang lebih optimum, tambahnya.

Beliau turut melahirkan kepercayaan bahawa kejayaan para pelajar sesungguhnya melibatkan usaha dan tenaga yang sentiasa para ibu bapa curahkan kepada mereka.

“Saya berasa sangat bangga dengan adanya komitmen ibu bapa dalam sama-sama menggembleng tenaga membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran anak-anak. Hanya dengan adanya kerjasama yang erat antara sekolah dengan ibu bapa sahaja akan dapat mencipta suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA