Lebih 300 sertai Festival Bolasepak NFABD

Lebih 300 sertai Festival Bolasepak NFABD

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 21 Mei – Lebih kurang 300 peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah Daerah Tutong dan kanak-kanak yang tinggal di sekitar daerah tersebut menyertai Festival Bolasepak Akar Umbi NFABD 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) bagi pusingan ketiga di Kompleks Sukan Tutong, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan festival itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.

Turut hadir di festival itu ialah para Ex-Co NFABD, kakitangan kanan DST, kakitangan kanan Jabatan Pendidikan Kokurikulum cawangan Tutong, ahli-ahli Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong dan kakitangan NFABD.

Pendaftaran bagi menyertai acara tersebut mulai dibuka pada jam 7 pagi lagi dengan sasarannya terdiri daripada kanak-kanak berusia dari usia 6 hingga 12 tahun yang tinggal di daerah tersebut.

Semasa festival dijalankan, peserta-peserta juga diberikan baju jersi yang ditaja oleh DST secara percuma, dan seterusnya menjalankan latihan bersama-sama ahli-ahli tenaga pengajar yang terdiri daripada jurulatih-jurulatih profesional.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST merasmikan Festival Bolasepak Akar Umbi NFABD 2016 di Padang Kompleks Sukan Tutong, pagi tadi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST merasmikan Festival Bolasepak Akar Umbi NFABD 2016 di Padang Kompleks Sukan Tutong, pagi tadi.

Tujuan acara ini dijalankan adalah untuk Program Akar Umbi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk tahun 2016. AFC menggalakkan persatuan kebangsaan seperti NFABD untuk menganjurkan aktiviti yang menggalakkan dan menekankan bahawa bolasepak boleh diakses dan mampu memberikan manfaat kepada semua.

Festival Bolasepak Akar Umbi NFABD 2016 akan dilanjutkan lagi di Kompleks Sukan Batu Apoi di Daerah Temburong pada 29 Mei ini nanti yang mana akan mensasarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun yang tinggal di Daerah tersebut.

Setakat ini, program akar umbi ini telah mendapat menarik perhatian peserta yang sangat menggalakkan sejak acara yang berlangsung di Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait yang lalu. Inisiatif ini memberikan pemain muda berpeluang dilatih oleh jurulatih-jurulatih bertauliah di samping menarik minat mereka dalam bidang bola sepak.

Festival tersebut merupakan kerjasama NFABD bersama rakan kongsi DST dan Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA