Lebih 300 sertai riadah bersama keluarga

Lebih 300 sertai riadah bersama keluarga

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 30 Dis – Kira-kira 300 orang dalam kalangan pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Belait bersama keluarga mereka telah memeriahkan acara riadah bersama keluarga yang diadakan di Taman Riadah Anduki di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait (selaku Pengerusi Cawangan E), Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin.

Para pegawai dan anggota yang hadir adalah dari balai-balai Polis Daerah Belait, Kompeni RU ‘A’, Polis Keselamatan Padang Minyak LNG dan Jabatan Kawalan dan Siasatan Lalu Lintas.

Acara antara lain bertujuan untuk mengeratkan ikatan sira-turahim antara pegawai dan anggota pangkat rendah serta peluang untuk beramah mesra sesama mereka.

Memulakan acara ialah senamrobik yang telah dipimpin oleh Jurulatih Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait, Dayang Asmah binti Mahmud yang turut bertujuan untuk meningkatkan kesihatan badan sambil beridah.

Turut menceriakan lagi suasana acara tersebut adalah cabutan bertuah yang menawarkan barangan makanan keperluan harian.

ARTIKEL YANG SAMA