Lebih 3,100 wanita hamil Colombia dijangkiti Zika

Lebih 3,100 wanita hamil Colombia dijangkiti Zika

BOGOTA, 7 Feb – Lebih 3,100 orang wanita hamil Colombia dijangkiti ZIka, virus bawaan nyamuk, Presiden Juan Manuel Santos berkata semalam, ketika penyakit itu terus merebak pantas di seluruh Amerika.

Brazil sedang menyiasat kaitan kemungkinan antara jangkitan Zika dan lebih 4,000 kes kes disyaki kes mikrosefali, kecacatan ketika lahir dengan saiz kepala kecil yang luar biasa yang boleh membawa kepada masalah pembesaran.

Para penyelidik telah mengenal pasti bukti jangkitan Zika dalam 17 kes ini, sama ada dalam anak damit atau ibu, tetapi tidak mengesahkan Zika boleh mengakibatkan mikrosefali.

Setakat ini tidak ada kes Zika berkaitan mikrosefali dicatatkan di Colombia, menurut beliau. Kerajaan kini tidak pasti tentang jangkaan sebelumnya sehingga 500 kes mikrosefali berkaitan Zika, berdasarkan data dari negara-negara lain yang juga berdepan penyakit ini, menurut beliau lagi.

Banyak masih belum diketahui tentang Zika, yang mana penyakit ini belum ada vaksinnya. Kira-kira 80 peratus mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom dan mereka yang mengalami sakit tidak serius dengan mengalami demam, ruam dan mata merah.

Pihak tentera membersihkan kawasan bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk. – Reuters
Pihak tentera membersihkan kawasan bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk. – Reuters

Terdapat 25,645 orang dijangkiti Zika di Colombia, kata Santos ketika dalam siaran TV bersama para pegawai kesihatan. Antara mereka adalah 3,177 wanita mengandung.

“Jangkaan ialah kita akhirnya boleh berdepan 600,000 kes,” kata Santos lagi dengan menambah kata mungkin sehingga 1,000 kes sindrom Guillain-Barre, masalah neurologi luar biasa yang boleh melemahkan otot dan mengakibatkan lumpuh. Para ahli sains sedang mengkaji kemungkinan kaitan antara masalah itu dan Zika.

Kerajaan Colombia akan berusaha di seluruh negara untuk memerangi nyamuk dengan mengasapi tempat-tempat tertentu dan membantu keluarga-keluarga yang mempunyai air bertakung di rumah mereka, kata presiden lagi. – Reuters