Lebih 350 maut gempa bumi di Tehran

TEHRAN, Iran, 13 Nov – Angka kematian akibat gempa bumi 7.2 magnitud di sepanjang sempadan Iran dan Iraq mencecah lebih 350 orang hari ini, manakala lebih 5,000 cedera dalam gempa kuat melanda negara itu hari ini, menurut agensi berita IRNA.

Media sosial dan agensi berita Iran menyiarkan gambar dan rakaman penduduk melarikan diri dari kediaman mereka selepas gempa bumi itu, manakala lebih 100 gempa susulan berlaku.

Pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei menyatakan rasa simpati dan menyeru kerajaan dan pasukan keselamatan untuk memberi bantuan sepenuhnya kepada mangsa. Presiden Hassan Rouhani dijadualkan mengadakan tinjauan ke tempat gempa esok.

Iran terletak di kebanyakan garis sesar utama dan mudah terdedah kepada gempa bumi. Pada 2003, gempa bumi dengan magnitud 6.6 meranapkan bandar bersejarah Bam, membunuh 26,000 orang. Bandar Sarpol-e-zahab, wilayah Kermanshah mengalami kemusnahan yang paling teruk kerana ia terletak di Pergunungan Zagros yang memisahkan Iran dan Iraq.

Sementara itu di Iraq, Perdana menteri Iraq berusaha menjamin keselamatan orang awam Iraq ekoran gempa bumi tersebut yang berhampiran dengan sempadannya di timur laut.

Sebuah kereta dihempap oleh runtuhan bangunan ekoran kejadian gempa yang berukura n 7.3 magnitud melanda Sarpol-e Zahab, Iran hari ini. Menurut laporan, lebih 350 orang terkorban dan mangsa yang cedera mencecah 3,000 orang apabila gempa bumi menggegarkan kawasan pergunungan di sempadan Iran-Iraq. – AFP

Haider al-Abadi berkata beliau sedang mengikuti perkembangan isu tersebut dan mengeluarkan satu arahan kepada kumpulan pertahanan awam negara dan “institusi berkaitan” untuk bertindak balas terhadap bencana alam ini, menurut satu kenyataan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada lewat malam semalam. Gempa bumi dapat dirasa di seluruh Iraq, menggegar bangunan dan rumah dari Irbil ke Baghdad dan wilayah barat Anbar.

Al-Abadi menambah dalam kenyataan bertulis beliau: “Tuhan selamatkan Iraq dan rakyat Iraq.”

Iraq bagaimanapun masih belum mengeluarkan jumlah rasmi mangsa yang terkorban, namun media tempatan telah melaporkan enam orang telah terbunuh dan berpuluh lagi cedera di wilayah timur laut Iraq, paling dekat dengan sembulan gempa bumi. – AP