Lebih 37,000 pada hari kedua

Lebih 37,000 pada hari kedua

Oleh Sim Y. H., Yusrin Junaidi, Salawati Haji Yahya & Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Seramai 37,837 pengunjung dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Majlis Terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari kedua, hari ini.

Perkarangan kawasan Istana Nurul Iman dari awal pagi lagi sudah dibanjiri orang ramai termasuk rakyat negara jiran seperti Sabah dan Sarawak serta pelancong dari luar negara.

Seramai 20,772 orang berkunjung pada sebelah pagi dan 17,065 orang pada sebelah petang, membuktikan ketaatan dan kasih sayang rakyat negara ini terhadap raja yang dikasihi dan kerabat diraja yang lain.

Majlis junjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan kerabat diraja yang lain merupakan peluang keemasan bagi orang ramai untuk menatap wajah seterusnya Menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain.

Kebawah Dulia Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah pada hari kedua Majlis Terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri. - Gambar Wani Roslan
Kebawah Dulia Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah pada hari kedua Majlis Terbuka Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri. – Gambar Wani Roslan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah da-ripada pengunjung lelaki pada hari kedua Istana Terbuka, kelmarin. - Gambar Sim Y.H & Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah da-ripada pengunjung lelaki pada hari kedua Istana Terbuka, kelmarin. – Gambar Sim Y.H & Infofoto

p01-3_20150721

Antara kerabat diraja yang turut hadir menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki. - Gambar Khairil Hassan
Antara kerabat diraja yang turut hadir menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki. – Gambar Khairil Hassan

p01-5_20150721

p01-6_20150721

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain bagi Majlis Junjung Ziarah pada hari kedua Istana Terbuka.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain bagi Majlis Junjung Ziarah pada hari kedua Istana Terbuka.
Baginda Raja Isteri juga berkenan meluangkan masa menerima junjung ziarah pada hari kedua Majlis Terbuka Istana Nurul Iman.
Baginda Raja Isteri juga berkenan meluangkan masa menerima junjung ziarah pada hari kedua Majlis Terbuka Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung perempuan.

p01-10_20150721

p01-11_20150721

p01-12_20150721

p01-13_20150721

Berangkat sama menerima junjung ziarah daripada orang ramai ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berangkat sama menerima junjung ziarah.

Turut berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

Para pelancong luar negara turut memeriahkan suasana junjung ziarah hari ini dan berpeluang menatap wajah Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain dengan lebih
dekat lagi.

Walaupun terpaksa menunggu giliran, semuanya tidak terasa malahan lenyap apabila menatap wajah Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain dan rasa puas terasa sambil melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan, kerana di tempat lain, tidak mungkin mendapat peluang untuk mencium tangan seorang pemimpin dan bersua muka secara empat mata.

Sebelum menunggu giliran, para pengunjung terlebih dahulu menikmati jamuan yang telah disediakan.

Selesai sahaja menjunjung ziarah, para pengunjung akan diberi buah tangan sebagai cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman di Hari Raya Aidilfitri.

Majlis menjunjung ziarah di Istana Nurul Iman diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat dibuka kepada kunjungan orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA