Lebih 40 kakitangan BSP terima penghargaan

Lebih 40 kakitangan BSP terima penghargaan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 Dis – Lebih 40 orang kakitangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) yang telah menyumbangkan tenaga, waktu dan ketekunan dalam memberikan latihan kepada pelajar bagi mencapai pengetahuan, pengalaman serta kemahiran dalam pembangunan bidang minyak dan gas, telah menerima sijil penghargaan pada majlis yang diadakan di Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) di sini, hari ini.

Para penerima berkenaan bertugas dalam kejurulatihan dan mentor kepada pelajar-pelajar dari beberapa institut pengajian tinggi di negara ini, seperti Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei (ITB) dan Politeknik Brunei dalam bidang kejuruteraan, penggerudian telaga, kejuruteraan petroleum, Geosains dan Geomatik.

Menyempurnakan penyam-paian sijil-sijil penghargaan kepada para penerima ialah Pengarah Urusan BSP, Andrew Faulker selaku tetamu kehormat majlis.

Selaras dengan Wawasan Negara 2035, BSP dengan sokongannya telah menyediakan Kursus Ijazah Kejuruteraan dan Teknikal melalui gabu-ngan projek-fokus penempatan pelajar, menyediakan data kepada projek lanjutan pelajar dan penyelidikan, mengajar dan memberikan taklimat sokongan kepada modul kursus dan melalui penyediaan sampel serta peralatan bagi tujuan yang sama.

Gambar ramai bersama Pengarah Urusan Syarikat BSP, jurulatih dan mentor Syarikat BSP serta pegawai-pegawai lainnya dan beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi Brunei.
Gambar ramai bersama Pengarah Urusan Syarikat BSP, jurulatih dan mentor Syarikat BSP serta pegawai-pegawai lainnya dan beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi Brunei.

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah sejajar dengan komitmen pelaburan sosial syarikat itu.

Majlis penghargaan itu juga telah membukakan ruang perbincangan dalam kerjasama padu berterusan melalui forum pembentangan poster yang mengongsikan pandangan wa-kil-wakil akademik, jurulatih BSP, pelajar-pelajar yang ditempatkan di BSP pada masa ini, serta dua wakil pertubuhan di negara ini (Geological Society of Brunei, Society of Petroleum Engineers) mengenai perkara-perkara me-narik.

Terdahulu, Ketua Jurutera Petroleum BSP, Elizabeth Sturman, telah menerangkan secara ringkas mengenai kerjasama yang telah dilaksanakan di antara BSP dan institut pengajian tinggi.