Lebih 40 orang di Malaysia disyaki dijangkiti virus Zika

Lebih 40 orang di Malaysia disyaki dijangkiti virus Zika

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara ini disyaki dijangkiti virus Zika, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Katanya, kementeriannya kini sedang menunggu laporan penuh daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengesahkan sama ada suspek positif Zika atau sebaliknya.

IMR mempunyai standard tertentu untuk mengendalikan pengesahan ujian darah, kata Dr. Subramaniam, yang juga presiden MIC, kepada pemberita selepas merasmikan galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat empat kes didapati positif virus Zika di negara ini dengan kes terbaru melibatkan seorang suami kepada wanita hamil dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru yang mengalami gelaja ruam pada 2 Sept lepas. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA