Lebih 40 tampil menderma darah

Lebih 40 tampil menderma darah

pg02_150808_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Persatuan Hainan Bandar Seri Begawan (BSB) dengan kerjasama Bank Darah Hospital RIPAS telah mengadakan kempen menderma darah bagi menggalakkan generasi muda dari semua lapisan masyarakat tampil berbakti untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan darah.

Kempen tersebut yang diadakan di dewan utama Wisma Hainan di ibu negara berjaya menarik seramai lebih 40 belia dan sebahagian daripadanya merupakan penderma kali pertama. Sebanyak 32 pain darah berjaya dikumpul sepanjang kempen berlangsung.

Pengerusi persatuan berkenaan, Awang Han Pau Ting berkata, beliau amat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh golongan belia terutama yang kali pertama menderma darah serta berharap ia akan menjadi momentum bagi mengadakan kempen serupa pada masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA