Lebih 40 warga sekolah lawat Balai Bomba Sg. Liang

Lebih 40 warga sekolah lawat Balai Bomba Sg. Liang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 20 Nov – Lebih 40 orang kalangan murid-murid Sekolah Rendah Lumut bersama lima guru mereka telah membuat lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Sungai Liang, di sini, hari ini.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Pegawai Balai Awang Muhammad Ali bin Hassan yang kemudiannya turut menyampaikan taklimat kepada rombongan itu.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pemerintah cawangan Operasi B, Penolong Penguasa Wan Junaidi bin Wan Ibrahim.

Antara lain yang diterangkan dalam taklimat adalah mengenai dengan peranan dan tugas-tugas anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat, selain beliau turut menasihatkan tentang menjaga kesihatan kepada murid-murid semasa berada di sekolah dan di rumah.

Murid-murid berpeluang menyaksikan pameran perkakas penyelam dan penyelamat di Balai Bomba Sungai Liang.
Murid-murid berpeluang menyaksikan pameran perkakas penyelam dan penyelamat di Balai Bomba Sungai Liang.

Rombongan pelajar juga telah berpeluang menyaksikan pameran perkakas penyelam dan penyelamat dan seterusnya ditunjukkan tatacara menggunakan alat pemadam api dengan betul.

Lawatan tersebut merupakan antara aktiviti mereka sebelum menjelangnya cuti akhir persekolahan bermula bulan depan, selain untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka melalui pembelajaran di luar kelas sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA