Lebih 400 hadiri raya BAG Networks

Lebih 400 hadiri raya BAG Networks

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – BAG Networks turut tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dengan menganjurkan majlis rumah terbuka yang diadakan di Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, kelmarin.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih daripada 400 orang tetamu yang terdiri daripada setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, para perwakilan luar negara ke Brunei, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan dan rakan perniagaan daripada sektor-sektor awam dan swasta. Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Hajah Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan pihak pengurusan BAG Networks turut hadir mengalu-alukan kedatangan para jemputan.

Semasa majlis tersebut, para tetamu dihiburkan oleh selebriti tempatan DJ Zayn Sabri dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik dan khidmat fotografi. Majlis berkenaan membawa konsep ‘Belantara Bahari’ (Enchanted Forest) berlandaskan tema ‘Keimanan dan Kekuatan’ dan Surah Al-Mujadillah dalam kitab suci Al-Quran.

Hajah Siti Rozana bersama perwakilan luar negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bergambar ramai.
Hajah Siti Rozana bersama perwakilan luar negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bergambar ramai.
Para pelanggan dan rakan perniagaan dari sektor-sektor awam dan swasta memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Rumah Terbuka BAG Networks.
Para pelanggan dan rakan perniagaan dari sektor-sektor awam dan swasta memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Rumah Terbuka BAG Networks.

Mengulas mengenai tema sambutan berkenaan, Hajah Siti Rozana berkata ia diambil sebagai iktibar dan peringatan buat mereka dalam mengatasi cabaran dan pancaroba kehidupan, terutamanya dalam menyambut Syawal sempena kemenangan menempuh dugaan di bulan Ramadan.

Di samping menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat tempatan, majlis berkenaan mencerminkan amanah dan manfaat daripada kerjasama yang lebih utuh untuk mencapai matlamat bersama, tambahnya.