Lebih 400 kanak-kanak Palestin ditahan di Israel

Lebih 400 kanak-kanak Palestin ditahan di Israel

RAMALLAH, April 5 (Bernama) – Kelab Tahanan Palestin (PPC) mengumumkan Israel telah menahan lebih 400 kanak-kanak dan remaja bawah umur Palestin dan sebahagiannya ditempatkan dalam penjara, lapor agensi berita China, Xinhua pada Isnin.

Umur mereka yang ditahan antara 12 hingga 17 tahun termasuk 16 orang perempuan, tahanan paling muda ialah Dima Al-Wawi, 12, dari Hebron di selatan tebing barat, kata PPC dalam kenyataan yang dihantar menerusi email.

Menurut kelab itu sejak Oktober berlakunya peningkatan jumlah mereka yang ditahan ekoran sikap ‘diskriminasi’ Israel.