Lebih 400 maut di Syria

DOUMA, Syria, 23 Feb – Pengeboman terbaharu di Timur Ghouta membunuh puluhan mangsa hari ini, menjadikan orang awam yang terkorban dalam serangan sejak lima hari lalu oleh kerajaan Syria itu meningkat kepada lebih dari pada 400 orang.

Syria digesa melakukan gencatan senjata dalam serangan yang paling banyak mengorbankannya nyawa itu sejak bermulanya konflik Syria tujuh tahun lalu, dengan mengorbankan 46 nyawa akibat daripada serangan udara dan tembakan roket.

Ketika diplomat memandang remeh proses undian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mungkin diadakan hari ini, orang ramai menyembunyikan diri di bawah tanah ketika tentera kerajaan terus menyerang wilayah berkenaan dengan roket dan bom yang menyebabkan kemusnahan bandar dan hospital.

Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan memberitahu 13 kemudahan bagi membantu Timur Ghouta yang musnah dan rosak dalam masa tiga hari, sekali gus memberikan cabaran kepada kakitangannya untuk menyelamatkan ratusan mangsa yang cedera setiap hari.

Gambar yang diambil pada 22 Februari 2018 menunjukkan gumpalan asap berikutan serangan udara daripada tentera rejim Syria di Kafr Batna, di wilayah Timur Ghouta di pinggir ibu kota Damsyik. Angka orang awam dilaporkan maut meningkat kepada 400 orang dalam serangan sejak lima hari lalu oleh kerajaan Syria. – AFP

Di rumah mayat di Douma, bandar utama di kawasan enklaf di sebelah timur Damsyik, mayat berbalut kain putih disusun berbaris di lantai, dua daripadanya adalah kanak-kanak.

“Selama lima hari rejim dan sekutunya Rusia mengatur serangan udara serta membedil daerah itu dengan meriam mengakibatkan 403 orang awam terkorban, termasuk 95 kanak-kanak,” kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Hujan pada pagi hari semalam, menangguhkan seketika operasi jet pejuang, namun sebaik cuaca kembali cerah pada tengah hari, jet berkenaan yang sebahagiannya milik Rusia, menurut Pemerhati, kembali melakukan serangan.

Setakat ini, Rusia menafikan pembabitannya dalam serangan di Ghouta, namun akhbar pro-kerajaan Syria, Al-Watan semalam melaporkan, jet pejuang Rusia kembali ke medan pertempuran. Tentera rejim dan sekutunya telah menyerang kawasan enklaf, di mana 400,000 orang awam yang tinggal, dalam tindakan untuk menghapuskan kumpulan pengganas. – AFP