Lebih 400 meriahkan Hari Keluarga Polis

Lebih 400 meriahkan Hari Keluarga Polis

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Lebih 400 peserta memeriahkan Pesta Ria sempena Hari Keluarga Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan B1 di Pantai Muara, hari ini.

Hadir merasmikan acara yang diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota pasukan dan ahli keluarga mereka ialah Pegawai Pemerintah Unit Simpanan Cawangan B1, Supt. Tang Yik Tung. Menurut Supt. Tang Yik Tung, acara berkenaan juga turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada Cawangan B1 Kompeni B, Kompeni D, Skuad Pasukan Khas (SOS), Pusat Kawalan Negara, dan Ibu Pejabat Unit Simpanan.

Beliau berkata, acara ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan sedia ada antara anggota pasukan dan keluarga, malah ia juga diadakan untuk mengeratkan kerjasama antara pegawai dan kakitangan di samping memberi peluang kepada peserta untuk mengenali anggota lain dengan lebih dekat.

Acara sepanjang hari itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti permainan kanak-kanak, hadiah cabutan bertuah dan banyak lagi.

Gelagat kanak-kanak semasa menyertai salah satu aktiviti yang diadakan.
Gelagat kanak-kanak semasa menyertai salah satu aktiviti yang diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA