Lebih 400 saudara baru berkunjung Hari Raya

Lebih 400 saudara baru berkunjung Hari Raya

Oleh Imelda Groves HA, Siti Nur Wasimah S. & Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Lebih 400 saudara baru dari keempat-empat daerah, hari ini, telah menyertai Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri Saudara-Saudara Baru ke Istana Nurul Iman dan Kediaman Orang-orang Kenamaan, yang diungkayahkan oleh Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Mengetuai rombongan ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Siti Azizah binti Haji Musa, dan turut disertai pemangku penolong pengarah Pusat Dakwah Islamiah, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah dan Unit Dakwah Daerah-daerah.

Rombongan berkenaan, terlebih dahulu berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi menjunjung ziarah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, serta kerabat diraja yang lain. Kemudian, pada sebelah petang, rombongan dibahagikan kepada lima kumpulan bagi membuat kunjungan berhari raya ke kediaman orang-orang kenamaan.

Rombongan pertama yang melibatkan lebih 80 orang saudara baru dari Daerah Belait dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Chuchu telah mengadakan kunjungan di kediaman Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan isteri, Datin Hajah Alimah binti Mohd Taib.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad beramah mesra bersama rombongan saudara baru di kediamannya.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad beramah mesra bersama rombongan saudara baru di kediamannya.
Datin Hajah Alimah beramah mesra dengan rombongan yang hadir.
Datin Hajah Alimah beramah mesra dengan rombongan yang hadir.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menerima kunjungan daripada saudara-saudara baru dari Daerah Tem-burong dan Persatuan Nurul Islam.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menerima kunjungan daripada saudara-saudara baru dari Daerah Tem-burong dan Persatuan Nurul Islam.

p08-4_20150722

Kalangan saudara-saudara baru dari Daerah Temburong dan Persatuan Nurul Islam yang berkunjung ke kediaman Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz.
Kalangan saudara-saudara baru dari Daerah Temburong dan Persatuan Nurul Islam yang berkunjung ke kediaman Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz.

Haji Asminan dalam ucapan alu-aluannya, melahirkan rasa gembira dan terima kasih di atas peluang yang telah diberikan kepada para mualaf sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Haji Anwari bin Haji Rawee dan diakhiri dengan sesi beramah mesra bersama Yang Berhormat Pengiran Dato serta datin.

Ketua Unit Dakwah Islamiah, Haji Roslan bin Ratu semasa ditemui pihak media menjelaskan, kunjungan ini merupakan anjuran Pusat Dakwah Islamiah untuk memperkenalkan saudara yang baru memeluk agama Islam kepada Menteri Hal Ehwal Ugama.

Selain itu, ia juga akan dapat mewujudkan silaturahim di antara orang-orang kenamaan dan mualaf di negara ini agar mereka tidak merasa terasing semasa menghadiri acara keagamaan pada masa akan datang.

“Rombongan ini merupakan rombongan terpilih sahaja di mana kami memberikan keutamaan kepada mereka yang baru memeluk ugama Islam dalam jangka masa tiga tahun kebelakangan ini.”

Salah seorang saudara baru yang ditemui, Dayang Nur Khairunnisa Najihah binti Abdullah Akong, 38, yang memeluk Islam tahun lalu, melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan untuk bertemu dan berkunjung ziarah dengan Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri tahun ini.

“Ini merupakan kali pertama saya menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai seorang mualaf bersama tiga orang anak saya. Syukur Alhamdulillah, Hari Raya tahun ini sangat istimewa bagi saya.”

Sementara itu, rombongan seramai 119 saudara baru dari Daerah Temburong dan Persatuan Nurul Islam, pula telah mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Mohd Yusof di Kampung Batu Ampar.

Rombongan turut disertai pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah dan Unit Dakwah Daerah-Daerah.

Seramai 45 orang saudara baru dari Kelas Bimbingan Mualaf pula telah mengadakan kunjungan ke kediaman Timbalan Setiausaha Tetap I, di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid di Kampung Terunjing, seramai 93 lagi saudara baru dari Kampung Bebuloh mengunjungi kediaman Timbalan Setiausaha Tetap II di KHEU, Awang Roslan bin Haji Tajaah, dan 80 orang saudara baru dari Daerah Temburong berkunjung hari raya ke kediaman Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Haji Othman bin Uking di Kampung Keriam, Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA