Lebih 400 sertai Riadah Amal HPA

Lebih 400 sertai Riadah Amal HPA

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Lebih 400 orang hari ini telah menyertai Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam 2016 sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-23 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien, pagi tadi.

Riadah amal di ibu negara itu diisikan dengan senamrobik, aktiviti berbasikal sejauh 10 kilometer dan larian sejauh 2.5 kilometer yang bermula dan berakhir di taman tersebut.

Hadir menyempurnakan pelepasan aktiviti berbasikal ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Manakala pelepasan larian 2.5 km telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud.

Riadah Amal HPA 2016 ini turut disertai oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyempurnakan pelepasan aktiviti berbasikal.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyempurnakan pelepasan aktiviti berbasikal.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyerahkan sumbangan kepada Majlis Paralimpik Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyerahkan sumbangan kepada Majlis Paralimpik Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyerahkan sumbangan kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi semasa menyerahkan sumbangan kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Dato Paduka Haji Mohamad Roselan semasa memasukkan sumbangan ke dalam tabung kutipan.
Dato Paduka Haji Mohamad Roselan semasa memasukkan sumbangan ke dalam tabung kutipan.

Acara pagi tadi turut menyaksikan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan derma bernilai $5,000 kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB) dan Majlis Paralimpik Brunei Darussalam.

Sementara itu, tabung kutipan juga turut disediakan semasa acara tersebut berlangsung.

Menurut salah seorang ahli Jawatankuasa Kerja Riadah Amal HPA 2016, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmad semasa ditemui menjelaskan riadah ini juga memeriahkan lagi Program Bandarku Ceria yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik.

ARTIKEL YANG SAMA