Lebih 4,000 sertai Larian Hari Keputeraan seluruh negara

Lebih 4,000 sertai Larian Hari Keputeraan seluruh negara

Oleh Yusrin Junaidi, Normazlina M.D & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Gambar oleh Yusrin Junaidi, Normazlina M.D & Faza Suraj

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Lebih 4,300 orang telah menyertai Larian Hari Keputeraan 2015 yang diadakan serentak di keempat-empat daerah, hari ini, dengan Daerah Brunei dan Muara mencatat penyertaan seramai 2,851 orang, Daerah Belait seramai 460 orang, Daerah Tutong 772 orang dan 290 di Daerah Temburong.

Di Daerah Brunei dan Muara, acara berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, dan hadir merasmikan larian ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Larian di Daerah Belait pula telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin merasmikan larian yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Batu Apoi, Daerah Temburong.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair merasmikan larian 10km di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair merasmikan larian 10km di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair sama-sama menyertai sesi memanaskan badan sebelum larian dimulakan.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair sama-sama menyertai sesi memanaskan badan sebelum larian dimulakan.

pg04_150831_e

pg04_150831_c

pg04_150831_d

The Guest of Honour(C) accompanied by the Belait District Officer(R)

pg04_150831_k

Awang Abdul Mutalib menyampaikan hadiah kepada johan kategori Remaja Perempuan di Daerah Belait.
Awang Abdul Mutalib menyampaikan hadiah kepada johan kategori Remaja Perempuan di Daerah Belait.
Antara peserta yang menyertai Larian Hari Keputeraan di Daerah Belait, kelmarin.
Antara peserta yang menyertai Larian Hari Keputeraan di Daerah Belait, kelmarin.

Manakala itu, larian yang diadakan di Kompleks Sukan Tutong pula telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap (Pendidikan dan Teras) di Kementerian Pendidikan.

Larian anjuran Jabatan Belia dan Sukan, KKBS ini dibahagikan kepada kategori Terbuka Lelaki 10km, Terbuka Wanita 10km, Remaja Lelaki dan Perempuan (17 tahun ke bawah), kedua-duanya sejauh 5km, kategori Orang Berkeperluan Khas (OBK) sejauh 3km, serta Fun Run.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori terbuka masing-masing menerima hadiah wang tunai $1,000, $800 dan $600 berserta pingat dan sijil penyertaan.

Dato Paduka Dr Haji Affendy turut menyertai larian di Daerah Temburong. - Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Dato Paduka Dr Haji Affendy turut menyertai larian di Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Terbuka Wanita di Daerah Temburong. - Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Terbuka Wanita di Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Wajah-wajah ceria peserta larian di Daerah Temburong. - Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Wajah-wajah ceria peserta larian di Daerah Temburong. – Gambar Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Pengiran Suhaimi menyertai larian Fun Run di Daerah Tutong.
Pengiran Suhaimi menyertai larian Fun Run di Daerah Tutong.

pg04_150831_g

Bagi kategori remaja pula, tempat pertama menerima $500, kedua $300 dan $200 bagi pemenang ketiga di samping pingat dan sijil penyertaan.

Sementara itu, kategori OBK masing-masing menerima $300 bagi tempat pertama, $200 tempat kedua dan $100 bagi tempat ketiga, juga dengan pingat dan sijil penyertaan.

Acara larian ini bertujuan untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, di samping menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

Ia juga diharap dapat memupuk perpaduan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.

ARTIKEL YANG SAMA