Lebih 4,000 unit PPA1M dibina di Sabah

Lebih 4,000 unit PPA1M dibina di Sabah

KOTA KINABALU, 24 Ogos – Sejumlah 4,735 unit rumah di bawah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sedang dibina di seluruh Sabah sehingga Julai tahun ini, kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sejumlah 100 unit rumah di Bandar Seri Indah, Tawau telah siap dibina dan pembeli telah menerima kunci rumah dalam satu majlis penyerahan yang diadakan pada awal Ogos lepas.

Borhan berkata kerajaan amat menggalakkan penjawat awam khususnya di Sabah memiliki rumah sendiri melalui PPA1M sebagai persediaan bagi memastikan mereka mempunyai aset apabila bersara kelak.

“Tambahan pula, dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan tidak membina kuarters bagi penjawat awam kecuali untuk anggota keselamatan.” – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA