Lebih 45,000 akaun UBS disiasat

Lebih 45,000 akaun UBS disiasat

PARIS, 26 Sept – Pihak berkuasa percukaian Perancis telah meminta Switzerland supaya menyerahkan maklumat pelanggan untuk kira-kira 45,000 akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatan dalam penipuan cukai, lapor akhbar Le Parisian hari ini.

Syarikat perbankan Swiss UBS berkata pada Julai bahawa pihak berkuasa Swiss telah memintanya supaya memberikan maklumat pelanggan ekoran satu permintaan bantuan pentadbiran antarabangsa daripada Perancis pada Mei.

Permintaan tersebut membabitkan pelanggan sebelum dan sekarang yang menetap di Perancis, berdasarkan data dari tahun 2006 hingga 2008. Le Parisien pada hari ini menyiarkan petikan daripada sepucuk surat bertarikh 11 Mei daripada pihak berkuasa percukaian Perancis. Ia berkata Perancis sedang mengejar nama pemilik “lebih daripada 45,161 nombor akaun berlainan.”

“Aset mereka yang disenarai berjumlah lebih daripada 11 bilion francs Swiss, yang mungkin melambangkan kekurangan berjumlah beberapa bilion dolar untuk perbendaharaan Perancis,” menurut surat yang ditulis oleh pihak berkuasa percukaian Perancis, kata laporan.

Menurut laporan, pihak berkuasa Perancis telahpun mengenalpasti 4,782 akaun dan berusaha mencari pemilik 40,379 akaun tambahan. Perancis memulakan satu siasatan ke dalam UBS selepas bekas pekerja memberi maklumat mengenai sistem penubuhan dua akaun bank untuk menyembunyi pergerakan modal ke dalam Switzerland di antara tahun 2004 dan 2012.

Perancis memulakan satu siasatan ke dalam UBS selepas bekas pekerja memberi maklumat mengenai sistem penubuhan dua akaun bank untuk menyembunyi pergerakan modal ke dalam Switzerland di antara tahun 2004 dan 2012. – AFP
Perancis memulakan satu siasatan ke dalam UBS selepas bekas pekerja memberi maklumat mengenai sistem penubuhan dua akaun bank untuk menyembunyi pergerakan modal ke dalam Switzerland di antara tahun 2004 dan 2012. – AFP

UBS menafi tuduhan berkenaan, berkata penglibatannya dalam operasi kewangan sedemikian masih belum terbukti.

Sementara itu, dokumen yang diserahkan oleh Jerman kepada hakim Perancis pada tahun lalu membenarkan mereka menilai aset pelanggan Perancis yang dipegang oleh bank pada 2008 pada hampir 12 bilion euro, menurut satu sumber yang rapat dengan siasatan.

Bagaimanapun, bukan semua membabitkan pengelakan membayar cukai. UBS telah dibelenggu dalam beberapa siri kes yang sama, terutamanya di Amerika Syarikat di mana pihak berkuasa berkata bank menggunakan undang-undang kerahsiaan perbankan Switzerland untuk membantu pelanggan yang kaya mengelak pemungut cukai. – AFP