Lebih 50 ikan paus terkandas di pantai India

Lebih 50 ikan paus terkandas di pantai India

NEW DELHI, 12 Jan (dpa) – Lebih 50 ikan paus pandu terkandas di pantai Tamil Nadu negeri selatan India semalam, menurut pegawai hari ini.

Ikan paus pantai itu ditemui berhampiran kampung pantai yang seluas kira-kira 25km, kata M Ravi Kumar, pentadbir terting-gi bagi daerah Tuticorin. Kira-kira empat daripadanya mati.

Penyiaran NDTV meletakkan bilangan ikan paus terkandas itu kira-kira 100 ekor.

“Para nelayan dan pegawai telah mengheret beberapa ekor ikan paus tersebut ke laut, namun sebilangannya kembali ke pesisir, oleh itu sejumlah besar ikan paus yang telah dilaporkan boleh jadi daripada kumpulan yang sama. Saya menyaksikan empat ikan paus itu mati di pantai,” kata Kumar.

“Ini adalah ikan paus pandu yang bersirip pendek. Ahli saintis mengatakan kumpulan itu mungkin mengalami kekeliruan. Ini adalah pertama kalinya ia berlaku sejak 1973 apabila 120 ekor ikan paus terkandas dalam insiden yang pernah berlaku dulu di sini,” tambahnya.

Nelayan India cuba untuk menarik ikan paus yang terdampar di pantai di Manapad di daerah Tutucorin Tamil Nadu, kira-kira 600km selatan Bangalore pada 12 Januari. – AFP
Nelayan India cuba untuk menarik ikan paus yang terdampar di pantai di Manapad di daerah Tutucorin Tamil Nadu, kira-kira 600km selatan Bangalore pada 12 Januari. – AFP