Lebih 50 sertai pra larian

Lebih 50 sertai pra larian

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Lebih 50 orang telah menyertai dalam pra larian bagi Larian City Brunei yang bermula berdekatan dengan Bangunan Simpor Pharma Sdn Bhd dan melalui sekitar laluan Perindustrian Salambigar, hari ini.

Pengasas Heroes, Aaron semasa ditemui pada acara tersebut menjelaskan, larian itu adalah pra larian bagi peserta yang akan menyertai acara Larian City Brunei pada 15 Januari 2017, di ibu negara.

Menurutnya, acara hari ini adalah untuk mengumpulkan peserta seterusnya melatih peserta yang akan menyertai kategori masing-masing pada acara kemuncak nanti.

Beliau seterusnya menjelaskan, Larian City Brunei dijangka akan disertai oleh lebih 3,000 peserta dalam tiga kategori iaitu 3 Kilometer, 5 Kilometer dan 10 Kilometer.

Antara peserta yang menyertai pra larian bagi Larian City Brunei di kawasan Perindustrian Salambigar.
Antara peserta yang menyertai pra larian bagi Larian City Brunei di kawasan Perindustrian Salambigar.
 Contoh baju yang akan dipakai oleh peserta Larian City Brunei nanti.
Contoh baju yang akan dipakai oleh peserta Larian City Brunei nanti.

“Larian City Brunei ini dianjurkan oleh Heros dengan kerjasama Simpor Pharma Sendirian Berhad,” ujarnya sambil menambah, pendaftaran bagi menyertai acara berkenaan akan dibuka sehingga 15 Disember 2016.

Katanya lagi, dengan adanya larian ini nanti diharap dapat memperlihatkan tempat bersejarah di kawasan bandar. Sebelum acara kemuncak, mereka juga akan memuat naik gambar-gambar bersejarah sebelum pertukaran nama Bandar Brunei untuk memberi semangat lagi kepada peserta, tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA