Lebih 50 sertai zumba Foxey Fitness

Lebih 50 sertai zumba Foxey Fitness

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Bagi mempromosikan dan memupuk cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat, Foxey Fitness pagi tadi telah mengadakan sesi zumba yang bertemakan ‘Lose Yourself in Music, Find Yourself in Shape’ khusus bagi wanita yang berlangsung di Pusat Belia, di ibu negara.

Acara yang menarik lebih 50 peserta wanita ini telah dianjurkan dengan kerjasama Barre Plus Fitness, Zin Lil, Haz Fitness dan pelatih zumba dari Kuala Belait, Zin Erma.

Pengurus Foxey Fitness, Dayang Noriah Hafizah binti Samad, semasa ditemui pihak media menjelaskan bahawa sesi zumba ini bukan saja untuk kesihatan namun turut mempromosikan program kecergasan yang dikenali sebagai Fat Burn X-treme (FBX) dan K-POP X kepada para peserta.

Zumba yang berlangsung selama lebih dua jam, bermula 8:30 pagi itu juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada kaum wanita mengenai Foxey Fitness yang baru dibuka di kawasan Sengkurong di samping mengurangkan lagi kadar obesiti dengan pengalaman sesi zumba yang menyeronokkan.

Lebih 50 peserta wanita menyertai sesi zumba di Pusat Belia, di ibu negara.
Lebih 50 peserta wanita menyertai sesi zumba di Pusat Belia, di ibu negara.

ARTIKEL YANG SAMA