Lebih 500 jemaah hadiri taklimat umrah

Lebih 500 jemaah hadiri taklimat umrah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Darussalam Holdings Sdn Bhd, hari ini, telah mengadakan taklimat bagi semua jemaah yang akan menunaikan umrah semasa cuti penggal pertama persekolahan akan datang ini.

Lebih 500 jemaah yang akan menunaikan umrah mengikut Pakej Umrah Darussalam Holdings telah menghadiri taklimat berkenaan yang berlangsung di Dewan Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.

Taklimat mengenai pengurusan telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Haji dan Umrah, Darussalam Holdings, Pengiran Haji Ibrahim bin Pengiran Haji Bakar manakala itu, taklimat mengenai penghayatan umrah disampaikan oleh seorang pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, taklimat bertujuan untuk memberikan pemahaman lebih baik kepada para jemaah mengenai apa yang patut dijangkakan sepanjang melaksanakan umrah. Kumpulan pertama akan berlepas pada 15 Mac ini.

Bakal jemaah yang menghadiri taklimat umrah Darussalam Holdings Sdn Bhd di Dewan Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.
Bakal jemaah yang menghadiri taklimat umrah Darussalam Holdings Sdn Bhd di Dewan Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.

Pada masa yang sama, Darussalam Holdings dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa pakej-pakej umrah bagi bulan April, Mei dan Jun masih dibukakan bagi pendaftaran.

Oleh sebab jumlah tempat duduk yang terhad, orang ramai yang berhasrat dinasihatkan untuk datang ke pejabat mereka dan membuat deposit atau pembayaran penuh secepat mungkin.

Selain itu, Darussalam Holdings juga membuka pendaftaran dengan deposit bagi mereka yang merancang untuk menunaikan umrah pada bulan Disember nanti.

ARTIKEL YANG SAMA