Lebih $500 juta majukan ICT

Lebih $500 juta majukan ICT

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Kerajaan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan pelan strategik lima tahun yang baru dikenali Strategi Digital Kerajaan 2015-2020.

Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar berkata; “kita kini beransur-ansur berubah daripada tumpuan ke atas sistem dan e-perkhidmatan kepada satu pendekatan keseluruhan kerajaan ke arah peruntukan perkhidmatan dan inovasi.

Katanya, ini akan membawa kepada satu transformasi digital kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan-perkhidmatan lebih mudah, laju dan senang diakses dengan mengambil kira keperluan rakyat dan komuniti perniagaan di dalam pelbagai agensi.

“Kami juga telah menyiapkan platform komunikasi dua hala di mana orang ramai dapat menyumbang dan menyertai di dalam pembangunan dasar-dasar negara dan perkara-perkara kepentingan ramai yang lain,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Majlis Pelancaran Forum Ketua Pegawai Penerangan ASEAN (CIO) kali ke-4 pagi tadi.

Yang Berhormat Pehin menjelaskan, dalam dunia yang moden ini, ICT sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian bagi setiap individu.

Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan ucaptama beliau kelmarin.
Yang Berhormat Pehin semasa menyampaikan ucaptama beliau kelmarin.

Sebagai sebuah negara, ICT dapat membantu dalam meningkatkan global daya saing melalui mengoptimumkan peluang-peluang yang diberikan daripada teknologi masa kini.

Dengan sebab inilah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memulakan program-program utama dan perbelanjaan besar melebihi BND$500 juta dalam sektor ICT sejak pengenalan program e-Kerajaan pada tahun 2001 yang lalu.

Antara projek utama yang telah diadakan ialah pelaburan dalam infrastruktur IT dan sistem-sistem yang telah menunjukkan kemajuan yang besar seperti rangkaian luas kerajaan yang terjamin, penubuhan pusat kelas data dan kemudahan dan piawaian perkongsian perkhidmatan-perkhidmatan dan pelbagai perusahaan sistem kerajaan.

Pihak kerajaan akan sentiasa komited untuk meneruskan pelaburan dalam di bidang ini dengan mengambil kira Visi 2035 bagi Brunei untuk diiktiraf bagi pencapaian orang yang berpendidikan, kualiti kehidupan serta ekonomi yang dinamik dan mampan, jelas beliau.

Menurut Yang Berhormat Pehin lagi, selain dari melabur dalam bidang infrastruktur, pihak kerajaan juga turut melabur dalam sumber manusia tempatan dan membangunkan perniagaan tempatan yang mampan dalam sektor ICT.

“Fokus dalam membangunkan kecekapan teknikal bagi penduduk tempatan adalah selaras dengan trend industri masa kini. Ini akan memberikan persediaan yang lebih sesuai bagi perniagaan tempatan di bidang ICT untuk berkembang maju.”

Yang Berhormat Pehin menyeru bahawa pembangunan ICT adalah penting bagi ASEAN untuk mencapai Aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN dan dengan adanya kerajaan digital nanti akan dapat dikongsi bersama negara-negara ASEAN dan juga kerajaan di seluruh dunia.