Lebih 500 peserta ikuti Jungle Walk

Lebih 500 peserta ikuti Jungle Walk

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Lebih 500 peserta telah menyertai aktiviti berjalan kaki merentasi hutan (Jungle Walk) yang diadakan buat kali pertama oleh Persatuan Wushu cawangan Daerah Brunei Muara di Taman Riadah Tasek Serubing, Kampung Belimbing, pagi tadi.

Aktiviti itu juga telah disertai oleh Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Ghapor @ Haji Mohd Daud bin Karim selaku tetamu kehormat majlis.

Naib Presiden Persatuan Wusyu Daerah Brunei Muara, Henry Kong Yew Ping selaku Pengerusi ‘Jungle Walk’ berkata, aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan berkenaan adalah untuk meningkatkan lagi minat orang ramai terhadap aktiviti senaman dan kesihatan.

Yang Berhormat Haji Gapor bersama ahli Persatuan Wushu Brunei Darussalam merasmikan aktiviti berjalan kaki di hutan (Jungle Walk) buat kali pertama yang berlangsung di Taman Riadah Tasek Serubing, Kampung Belimbing.
Yang Berhormat Haji Gapor bersama ahli Persatuan Wushu Brunei Darussalam merasmikan aktiviti berjalan kaki di hutan (Jungle Walk) buat kali pertama yang berlangsung di Taman Riadah Tasek Serubing, Kampung Belimbing.
Gambar ramai ahli Persatuan Wushu cawangan Daerah Brunei dan Muara.
Gambar ramai ahli Persatuan Wushu cawangan Daerah Brunei dan Muara.

Beliau menjelaskan lagi bahawa antara tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara peserta dan pihak Persatuan Wushu Brunei Darussalam, di samping menggalakkan peminat-peminat Wushu dan Taiji untuk menjadi ahli Persatuan Wushu Brunei Darussalam.

Aktiviti berjalan kaki merentasi hutan itu telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori A, laluan sejauh 4.7 kilometer, kategori B sejauh 3.7 kilometer dan kategori C bagi kategori VIP, dengan kesemua laluan berakhir di Taman Riadah Tasek Serubing yang dipandu oleh para pengawas berpengalaman.

Sebelum aktiviti bermula, para peserta mengikuti sesi senamrobik, bacaan doa dan diikuti dengan perasmian aktiviti ‘Jungle Walk’. Di akhir acara tersebut, persatuan-persatuan dan kumpulan telah diberikan cenderahati yang disampaikan oleh Henry Kong Yew Ping.

ARTIKEL YANG SAMA