Lebih 500 peserta meriahkan persembahan khas padang

Lebih 500 peserta meriahkan persembahan khas padang

Oleh Sim Y.H., Yusrin Junaidi, Mohd Asyramisyanie, Imelda Groves & Lenna N.B

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – ‘Raja Gemilang Sanjungan Negara’ menjadi tema persembahan khas padang yang penuh gilang-gemilang di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini, sebagai tempat terakhir Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69.

Persembahan khas menyaksikan gabungan seramai 569 orang penuntut sekolah-sekolah menengah, belia, pegawai dan kakitangan kerajaan, pertubuhan beruniform serta pelajar dari institusi pengajian tinggi yang sama-sama menghidupkan persembahan yang dibahagikan kepada empat segmen.

Konsep persembahan, Raja Gemilang Sanjungan Negara berkisar kepada kesediaan dan kesungguhan penduduk dan rakyat jelata di Daerah Brunei dan Muara dalam mencapai pembangunan yang progresif dan kejayaan yang berterusan.

Daerah Brunei dan Muara merupakan pusat bagi pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan pusat kerajaan di mana untuk menjadi progresif, tidak bermakna kita akan lupa kepada nilai teras bangsa kita, tetapi akan berpegang teguh kepadanya sambil bergerak maju ke hadapan.

pg04_150824_f

Baginda Sultan ketika berkenan dijunjung untuk memotong kek Hari Keputeraan ke-69.
Baginda Sultan ketika berkenan dijunjung untuk memotong kek Hari Keputeraan ke-69.
Terpamer senyuman di wajah Baginda Sultan ketika beramah mesra bersama rakyat.
Terpamer senyuman di wajah Baginda Sultan ketika beramah mesra bersama rakyat.
Baginda Sultan ketika berkenan menyaksikan lukisan yang dihasilkan secara langsung oleh seorang pelukis.
Baginda Sultan ketika berkenan menyaksikan lukisan yang dihasilkan secara langsung oleh seorang pelukis.
Antara Pelajar Tahun 7 Sekolah St. Andrew yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama Baginda Sultan semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang kelmarin.
Antara Pelajar Tahun 7 Sekolah St. Andrew yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan bersama Baginda Sultan semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Padang kelmarin.

Segmen pertama ialah Raja Berdaulat Negara Makmur yang mana ia melakarkan teras dan nilai-nilai murni pembangunan negara yang diterapkan melalui kepimpinan dan kewibawaan raja yang disanjung tinggi.

Rakyat dan penduduk bersatu dan bersiap siaga menjunjung titah dalam memastikan Brunei yang Darussalam.

Persembahan bagi segmen pertama dimulakan dengan kumpulan penuntut pasukan beruniform yang membawa kata-kata nilai murni dan segmen itu diakhiri dengan nyanyian daripada kumpulan koir kanak-kanak membawa lagu “Selamat Hari Keputeraan”.

Segmen kedua iaitu Raja Berwibawa Teraju Negara, membayangkan rakyat jelata yang bergerak sama, seadun dalam mempertahankan dan mencapai impian negara di mana tema itu ditunjukkan melalui pergerakan pencak silat.

pg04_150824_c

pg04_150824_d

pg04_150824_e

pg04_150824_i

pg04_150824_j

pg04_150824_k

Persembahan segmen ini melambangkan kesiapsiagaan, kekuatan, keazaman dan penyegeraan rakyat jelata ke arah pembangunan dan kejayaan.

Segmen ketiga iaitu Raja Progresif, Lambang Negara Jaya menggambarkan penduduk Daerah Brunei dan Muara daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai identiti dan budaya yang kukuh di mana segenap lapisan masyarakat itu bergerak maju ke hadapan dalam mencapai visi dan wawasan negara.

Sementara itu, segmen keempat, Mahkota Berdaulat Kekal Menjadi Tampuk Negara dan Candik Kepimpinan Bangsa melambangkan perpaduan negara melalui kepimpinan raja yang saksama, berjiwa rakyat serta Mahkota Diraja yang menjadi tampuk negara.

Persembahan di segmen itu diakhiri dengan lagu yang digubah khusus bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-69, Bersatu Hati yang dinyanyikan oleh peserta-peserta persembahan khas.