Lebih 500 sertai walkaton polis

Lebih 500 sertai walkaton polis

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Mac – Lebih 500 orang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bersama keluarga masing-masing dari keempat-empat daerah turut serta dalam Acara Walkaton sejauh 3 kilometer bersempena Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tutong, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai walkaton itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor dan datin.

Acara dimulakan dengan sesi senam Zumba yang dipimpin oleh anggota polis Daerah Polis Tutong dan diteruskan dengan perlepasan walkaton yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Tabung amal juga dibukakan sepanjang walkaton diadakan.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin turut serta dalam acara senam Zumba.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin turut serta dalam acara senam Zumba.
Anggota Polis Diraja Brunei dan ahli-ahli keluarga mereka yang menyertai acara walkaton itu.
Anggota Polis Diraja Brunei dan ahli-ahli keluarga mereka yang menyertai acara walkaton itu.

Walkaton berkenaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dalam kalangan warga Pasukan PDB.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, pemangku pegawai Daerah Tutong, ketua pengarah, para pengarah dan timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah Daerah Polis, ketua formasi dan ahli-ahli pengawasan kejiranan kampung serta ahli keluarga PDB di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA