Lebih 5,000 penghijrah cuba ke Croatia

Lebih 5,000 penghijrah cuba ke Croatia

TOVARNIK, Croatia, 17 Sept (AFP) – Sekitar 4,000 dan 5,000 penghijrah cuba untuk menaiki kereta api menuju ke bandar Zagreb, Croatia hari ini melalui Tovarnik selepas menyeberangi sempadan dengan Serbia, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Terdapat kira-kira 4,000 ke 5,000 orang di sini,” jurucakap UNHCR, Jan Kapic, berkata dari bandar kecil timur Croatia.

“Kereta api ada tiba namun mereka tidak dapat membawa semua orang-orang ini.”

Kira-kira 5,000 orang tiba di stesen kereta api kecil semalam. Stesen itu dipenuhi dan orang ramai yang tidur di sepanjang sisi trek landasan, menurut koresponden AFP.

Para pelarian dan penghijrah berkumpul di kem buatan sendiri di tepi Serbia di sempadan Hungary berhampiran bandar Horgos. – AFP
Para pelarian dan penghijrah berkumpul di kem buatan sendiri di tepi Serbia di sempadan Hungary berhampiran bandar Horgos. – AFP

Polis berbaris dengan bimbang di sepanjang trek landasan.

Apabila khabar angin merebak yang kereta api sedang datang, beribu-ribu orang melompat dan bergegas ke landasan. Setelah tidak benar, semuanya duduk semula lagi.

Para penghijrah telah memasuki Croatia sejak 24 jam lalu, selepas Hungary menutup sempadannya dengan rasmi dan keseluruhan tempat masuk utama ke Kesatuan Eropah (EU).

ARTIKEL YANG SAMA