Lebih 5,000 sumbangan untuk anak yatim

Lebih 5,000 sumbangan untuk anak yatim

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – Sejumlah $5,360 telah disumbangkan oleh Kumpulan Isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, Isteri Timbalan Menteri, Isteri Setiausaha Tetap, Isteri Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli bersekutu kepada Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan bagi membantu anak-anak yatim menyambut bulan Syawal yang mulia nanti.

Sumbangan berkenaan telah diterima oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Manakala itu, penyerahan sumbangan sempena bulan Ramadan itu telah disempurnakan oleh isteri Menteri Pendidikan, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman. Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Ahli kumpulan bertemu dengan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi untuk menyampaikan sumbangan.
Ahli kumpulan bertemu dengan Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi untuk menyampaikan sumbangan.

ARTIKEL YANG SAMA