Lebih 50,000 berpindah besar-besaran dari timur Aleppo

Lebih 50,000 berpindah besar-besaran dari timur Aleppo

ALEPPO, Syria, 30 Nov – Lebih 50,000 warga Syria menyertai penghijrahan besar-besaran orang awam yang ketakutan lari dari timur Aleppo, kata pemantau hari ini, ketika Majlis Keselamatan PBB dijangka mengadakan rundingan kecemasan mengenai pertempuran di bandar itu.

Ketika pasukan kerajaan menekan serangan di bandar terpisah itu, tembakan meriam rejim telah membunuh kira-kira 21 orang awam di timur Aleppo pada pagi hari ini, kata Balai Cerap bagi pemantau Hak Asasi Kemanusiaan.

Orang awam telah melarikan diri dari kawasan timur yang ditawan pemberontak beberapa hari kebelakangan, bersama ibu bapa membawa anak mereka dan budak-budak menolak orang tua yang berkerusi roda atau kereta sorong buatan sendiri ketika mereka berpindah.

Beberapa daripadanya tiba di wilayah yang dikawal Kurdish atau kerajaan bersama bagasi dan beg milik mereka, namun yang lain hanya datang dengan tangan kosong, bersama pakaian di belakang mereka.

Dalam penawanan semula bandar jiran Jabal Badro, ratusan orang berpusu-pusu ke bas-bas kerajaan yang membawa mereka ke barat Aleppo. – AFP