Lebih 520,00 pelarian Angola pulang

Lebih 520,00 pelarian Angola pulang

GENEVA, 6 Okt (NNN) – Menteri Kebajikan Sosial Angola Joao Baptista Kussumua berkata seramai 523,318 warga Angola telah pulang secara sukarela dari negara jiran di mana mereka melarikan diri ketika perang saudara sebagai sebahagian daripada proses penghantaran balik pelarian. Menyampaikan ucapan pada sesi ke-66 jawatankuasa Eksekutif Pesuruhjaya Tinggi Pelarian (HCR) di sini hari ini, beliau menekankan angka tersebut adalah hasil satu penilaian untuk tempoh dari Julai 2003 hingga September 2015.

Menurut menteri, 58 peratus daripada jumlah yang pulang ke Angola dari Republik Demokratik Congo (DRC), 37 peratus dari Zambia, empat peratus dari Namibia dan satu peratus dari negara lain di tengah dan selatan rantau kecil Afrika.

Daripada jumlah pelarian yang dihantar pulang, beliau menambah, 54 peratus adalah kanak-kanak di bawah umur 17 tahun, 41 peratus berusia 18 hingga 59 tahun dan lima peratus adalah lebih 60 tahun. Jumlah kanak-kanak dan belia yang dihantar pulang adalah tinggi, mendorong kerajaan memperkukuh langkah-langkah bantuan yang diberikan kepada mereka yang dihantar pulang.

Joao Kussumua berkata kira-kira 40,000 warga Angola memilih untuk tinggal di negara perlindungan, terutamanya di DRC dan Zambia, dan menambah kerajaan Angola akan mengekal komitmennya untuk mengeluarkan dokumen pengenalan kepada mereka.

Sesi HCR ke-66, yang diteruskan sehingga Jumaat, sedang mengatasi krisis penghijrahan dunia sekarang, program dan belanjawan untuk 2016-2017, dan analisis kerja-kerja HCR di Afrika, Asia dan Pasifik.