Lebih 600 diraikan di Majlis Penutup Bertadarus

Lebih 600 diraikan di Majlis Penutup Bertadarus

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Kira-kira 450 murid Darjah 4 hingga 6 serta 30 guru dan pegawai Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam diraikan dalam Majlis Penutup Bertadarus yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, di sini, pagi ini.

Majlis anjuran bersama Bahagian Al-Quran, Bahagian Amali Agama dan Bahagian Kegiatan sekolah berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Guru Besar, Haji Azis @ Haji Sulaiman bin Haji Pungut.

Ini diikuti dengan bacaan doa sebelum membaca Al-Quran beramai-ramai, bacaan surah-surah lazim dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Nas dan bacaan Takhtim.

Sejurus selepas itu bacaan doa khatam Al-Quran dibacakan oleh Awang Abdus Salam bin Haji Ali dan diikuti dengan dikir marhaban dan doa selamat yang dibacakan oleh Awang Jaman bin Haji Munap.

Suasana acara Majlis Penutup Bertadarus di Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam Mulaut bagi sesi pagi.
Suasana acara Majlis Penutup Bertadarus di Sekolah Ugama PAP Amal Umi Kalthum Al-Islam Mulaut bagi sesi pagi.
Penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.
Penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.

Sementara itu, acara serupa bagi kira-kira 150 murid dan 31 orang pegawai dan guru sekolah bagi sesi petang juga diadakan di tempat yang sama.

Kedua-dua sesi majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para murid dan guru-guru.

ARTIKEL YANG SAMA