Lebih 6,000 pendatang diselamatkan

Lebih 6,000 pendatang diselamatkan

ROM, 30 Ogos – Kira-kira 6,500 pekerja asing telah diselamatkan di luar pantai Libya hari ini, pengawal pantai Itali berkata, salah satu daripada hari-hari yang paling sibuk dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Imej dramatik dalam satu operasi menunjukkan kira-kira 700 pendatang dibawa ke sebuah bot nelayan, dengan sebahagian daripada mereka terjun dari kapal dengan menggunakan jaket keselamatan dan berenang ke arah penyelamat.

Anak damit berusia lima tahun antara mereka yang diselamatkan bersama-sama dengan anak damit yang lain dan diterbangkan ke hospital Itali, menurut Doktor Tanpa Sempadan (MSF), yang mengambil bahagian dalam operasi itu.

“Pusat arahan telah menyelaraskan 40 operasi penyelamat” yang termasuk kapal dari Itali, pertubuhan kemanusiaan serta agensi sempadan EU Frontex, menyelamatkan 6,500 pendatang, pengawal pantai menulis di Twitter.

“Kami sangat sibuk hari ini,” kata jurucakap pengawal pantai Itali kepada AFP.

Seorang lelaki membawa anak damit berusia lima hari selepas diselamatkan dari sebuah kapal kayu yang sesak, semasa operasi menyelamat di laut Mediterranean, kira-kira 13 batu ke utara Sabratha, Libya, 29 Ogos 2016. - AFP
Seorang lelaki membawa anak damit berusia lima hari selepas diselamatkan dari sebuah kapal kayu yang sesak, semasa operasi menyelamat di laut Mediterranean, kira-kira 13 batu ke utara Sabratha, Libya, 29 Ogos 2016. – AFP

Lebih daripada 1,100 orang pekerja asing semalam telah diselamatkan dalam kawasan yang sama.

Jumlah ketibaan di Itali tahun ini kini mencecah 112,500, menurut agensi pelarian PBB dan pengawal pantai, menurun sedikit daripada 116,000 yang dicatatkan pada tahun 2015.

Hampir semua pendatang berasal dari Afrika Barat dan Tanduk Afrika, sering berlepas dari Libya beramai-ramai ketika laut tenang untuk menuju ke perairan antarabangsa.

Lebih daripada 13,000 orang telah diselamatkan dalam tempoh seminggu pada akhir bulan Mei, dan lebih 8,300 pada permulaan Ogos.

Pengawal pantai Itali meramalkan ba-hawa keadaan cuaca akan menggalakkan lagi kedatangan bot asing hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA