Lebih $60,000 diagih kepada asnaf fakir miskin

Lebih $60,000 diagih kepada asnaf fakir miskin

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Jun – Sejumlah $60,400 telah diagihkan kepada 40 orang ketua keluarga yang terdiri daripada asnaf fakir miskin menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pada Majlis Penyampaian Agihan Zakat yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, petang tadi.

Penyampaian agihan zakat berkenaan telah disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

Agihan wang zakat berupa wang tunai sebanyak $500 itu diserahkan kepada setiap ketua keluarga dan $400 kemudian diberikan kepada setiap orang yang di bawah tanggungannya.

Haji Abdul Aziz menyampaikan agihan wang zakat kepada penerima-penerima di Daerah Tutong.
Haji Abdul Aziz menyampaikan agihan wang zakat kepada penerima-penerima di Daerah Tutong.

Kesemua wang tunai ini adalah daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Dengan pengagihan zakat ini, ia diharap akan dapat meringankan bebanan mereka terutama bagi membeli barang keperluan harian mereka di musim menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan diharap penerima-penerima ini akan sentiasa taat menunaikan perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya.

ARTIKEL YANG SAMA