Lebih 70 menderma darah

Lebih 70 menderma darah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Dalam usaha untuk menghulurkan khidmat bakti serta membantu mereka yang memerlukan, Sukarelawan BLIA dan Persatuan Perniagaan Taiwan di Negara Brunei Darussalam, mengadakan Kegiatan Amal Menderma Darah dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang berlangsung di Pusat Pendermaan Darah, kelmarin.

Kempen menderma darah anjuran sukarelawan dan persatuan berkenaan dengan kerjasama dari pusat itu disertai oleh lebih 70 orang sukarelawan dan ahli-ahli persatuan yang mana ia merupakan salah satu projek kebajikan persatuan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa persatuan berkenaan berkata kegiatan amal itu adalah sebahagian daripada kegiatan untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.

Ia juga merupakan kempen kebajikan berterusan yang dikendalikan bagi 2015 dan diharap akan diadakan dalam masa yang terdekat lagi serta menyatakan hasrat untuk meneruskan usaha berkenaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sukarelawan dan ahli-ahli persatuan yang mengambil bahagian dalam kempen itu.
Sukarelawan dan ahli-ahli persatuan yang mengambil bahagian dalam kempen itu.

Adalah diharapkan menerusi sumbangan kecil itu, dapat membantu golongan yang memerlukan khususnya mereka yang memerlukan darah serta bagi menambah jumlah simpanan darah di pusat berkenaan.

Manakala itu, bagi menggalakkan orang ramai untuk menderma darah, Pusat Pendermaan Darah juga menambah waktu perkhidmatannya sepanjang bulan Ramadan iaitu pada 27 Jun, 29 Jun, 2 Julai, 6 Julai dan 9 Julai bermula dari pukul 8.15 malam hingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA