Lebih 70 pelajar cemerlang ‘O’ Level SMPJNPAB dirai

Lebih 70 pelajar cemerlang ‘O’ Level SMPJNPAB dirai

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 9 Jun – Seramai 39 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Abu Bakar (SMPJNPAB), Kuala Belait yang mendapat 9 ‘O’ Level dalam Sijil Peperiksaan Sijil Am Peringkat Biasa (GCE ‘O’ Level) telah menerima sijil mereka dalam majlis penghargaan dan penyampaian sijil yang berlangsung di auditorium sekolah berkenaan, hari ini.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh imbalan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd, Awang Daud bin Haji Jais, selaku tetamu kehormat.

Turut menerima sijil penghargaan di majlis itu, adalah pelajar yang masing-masing mendapat 5 hingga 7 ‘O’ Level seramai 39 orang.

Tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil dan trofi khas kepada dua pelajar yang menerima Anugerah Kepimpinan Pelajar 2014 kepada Dayangku Nurul Syuhada binti Pengiran Haji Ishak dan Awang Mohammad Idzan bin Idris.

Di majlis itu juga, empat pelajar iaitu Dayang Chung Yu Yan, Dayang Chung Yu San, Dayang Lau Sie Ting dan Dayang Queenie Yap Xia Xuan menerima sijil dan trofi Pelajar Terbaik Peringkat SPE 2014.

Salah seorang pelajar yang menerima sijil daripada tetamu kehormat di majlis itu.
Salah seorang pelajar yang menerima sijil daripada tetamu kehormat di majlis itu.
Pengetua SMPJNPAB ketika menyampaikan ucapan di majlis penghargaan tersebut.
Pengetua SMPJNPAB ketika menyampaikan ucapan di majlis penghargaan tersebut.
Di antara para pelajar yang diraikan di majlis berkenaan, kelmarin.
Di antara para pelajar yang diraikan di majlis berkenaan, kelmarin.

Pengetua sekolah, selaku Pengerusi Majlis, Dayang Asmah binti Awang Tengah semasa berucap, menyatakan harapan supaya para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan GCE ‘O’ Level tahun lalu akan dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian di peringkat pendidikan yang tinggi lagi di masa hadapan.

“Pihak sekolah akan berusaha gigih menyediakan program-program ke arah meningkatkan pencapaian para pelajar dalam peperiksaan awam seperti ‘Class Remedial’ atau kelas tambahan, Program Mengulang Kaji Kelas Malam bagi para pelajar yang tinggal di asrama SMPJNPAB.

“Program Mentoring, Program Coaching, konsultasi ibu bapa dan pelajar bersama dengan pihak pentadbiran sekolah, Penetapan Sasaran, Program Hala Tuju, Program Motivasi dan sebagainya,” jelas beliau mengenai program-program yang sedia ada di sekolah itu bagi meningkatkan pembelajaran para pelajarnya.

ARTIKEL YANG SAMA